Monday, May 21, 2012

Latihan sukan bagi murid Tahun 1 dan 2

Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 akan menjalani latihan sukan pada tarikh seperti berikut:
  • Selasa (22.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
  • Rabu (23.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
  • Khamis (24.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
Latihan sukan akan dijalankan di padang sekolah. Latihan sukan ini melibatkan semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi rumah sukan Mahsuri, Malinja, Raden dan Ria. Murid-murid diminta berpakaian sukan apabila datang ke sekolah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bermula jam 1.10 petang hingga 4.30 petang. Selepas itu murid akan berkumpul di padang untuk latihan sukan.

Acara sukan yang akan dilatih adalah seperti berikut.
  • Lari 75 meter (L) Tahun 1
  • Lari 75 meter (P) Tahun 1
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (L) Tahun 1
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (P) Tahun 1
  • Lari 75 meter (L) Tahun 2
  • Lari 75 meter (P) Tahun 2
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (L) Tahun 2
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (P) Tahun 2
 Bersukanlah dengan penuh semangat kesukanan. Lakukan yang terbaik. Selamat berjaya.

Sunday, May 20, 2012

Murid 2B pun nak ke KLCC

Setelah 2 minggu tawaran untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 mengikuti lawatan ke KLCC pada pertengahan Jun nanti, sambutannya sangat menggalakkan. Bagi kelas 2B, lebih separuh murid-muridnya bakal mengikuti lawatan tersebut. Berikut adalah senarai murid 2B yang telah membuat bayaran penuh RM70.

  1. Aiman Syafiq Bin Rusmi
  2. Nur Aqilah Nisa Bt.Cik Khairulnizam
  3. Nur Illy Syamimi Bt Mohd Rahimi
  4. Muqri Mahdi B. Feroz Hanif
  5. Muhammad Qayyum Safwan Bin Shahrul Fadli
  6. Meor Alfarisz Bin Zainal Abidin
  7. Nurul Syariza Bt Azman
  8. Irdina Hani Bt Khairul Amilin
  9. Nur Dania Izzatie Bt Zubir
  10. Nurathia Qistina Bt Mohd Khairudin
  11. Taufiq Adam Bin Tajudin
  12. Nur Syahmiera Fasya Bt. Shamsudin
  13. Qistina Nabilah Bt Haswan Rizal
  14. Nur Shahimi Bt Juraimi
  15. Emma Izzati Bt Ismadi
  16. Nor Azizi B. Azhar
  17. Muhammad Azim Bin Abdul Hakim
  18. Naufal Hanif Bin Badrol Hisam
  19. Daniel Arief B. Ahmad Za'afar
  20. Mohamad Harith Marzuki
  21. Kimberly Melissa Bryan 
  22. Muhammad Hakiem Bin Sharrizal
  23. Arif Zhofri B. Ariffikri
  24. Nur Syahindah Bt Md Sapihi
  25. Nurshahira Balqis Bt Rosli
  26. Sangeetha A/P Loganathan
Jangan lupa janji kita untuk lawatan ini pada Sabtu, 16/06/2012.

Saturday, May 19, 2012

Jom sertai lawatan ke KLCC

Nampaknya sambutan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 1 yang akan menyertai lawatan ke KLCC begitu menggalakkan. Lawatan tersebut pada pertengahan Jun nanti. Antara aktiviti yang disusun adalah menyaksikan hidupan marin di Aquaria. Aquaria KLCC ialah underwater park berkeluasan 60,000 kaki persegi, ada 2 tingkat dengan panjang terowongnya 90 meter. Di dalam tu beratus ratus hidupan akuatik yang dibawa dari luar atau pun tempatan.

Lawatan nanti juga tidak lengkap tanpa mengunjungi Petrosains. Pastinya seronok mengembara ke pusat penerokaan sains yang interaktif dalam persekitaran menarik. Konsep dan kandungannya merangkumi semua sains am, dan secara khususnya berkisar tentang sains petroleum bermula daripada pembentukan mendapan telaga minyak sehinggalah kepada kesannya terhadap kehidupan moden ini. Selain itu, banyak aktiviti lain dan pertunjukan yang menarik turut disediakan

Jika berkesempatan dan tiada aral, murid-murid akan dibawa ke Skybridge KLCC iaitu jambatan tertinggi di dunia. Untuk pengetahuan semua, KLCC masih lagi memegang rekod sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Diantara menara tersebut dibina sebuah jambatan sebagai penghubung dan daya tarikan yang menambahkan lagi keunikan KLCC. Jambatan tersebut dibina pada aras 41 dan 42 menjadikannya jambatan tertinggi didunia.

 Rasai sendiri pengalaman ini, pastinya menyeronokkan. Jom sertainya.