Sunday, July 14, 2013

Langkah-Langkah Melindungi Masa Instruksional

  • Kurangkan gangguan (hebahan, spot-check, mesyuarat, latihan, murid bantu kerja guru dan sebagainya).
  • Pengajaran dan Pembelajaran berjalan ikut perancangan.
  • Adakan pembelajaran yang bermakna.
  • Tingkatkan peluang belajar murid-murid.
  • Kurangkan sikap lewat atau tidak berada di sekolah.
  • Atasi masalah disiplin dan sikap murid.
  • Elakkan masa yang panjang untuk majlis atau program.
  • Empowerment ikut situasi atau keadaan.
  • Kurangkan kerja luar yang tidak berkaitan.
  • Arahan-arahan perlu jelas dan tepat.

Program Mentor Mentee

Mentor mentee merupakan program yang memberi perkhidmatan sacara berkelompok dengan guru sebagai mentor dan murid sebagai mentee.

Tujuan
  1. Membangunkan sahsiah diri murid.
  2. Membina jati diri murid.
  3. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid.

Aktiviti
  1. Sesi makan bersama.
  2. Meraikan hari lahir.
  3. Bimbingan hala tuju murid.
  4. Lawatan/ ziarah keluarga.
  5. Sesi perkongsian masalah.
PERLAKSANAAN
Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee.

Strategi:
  • Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah.
  • Perjumpaandiadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian.
Pengisian:
  • Membuat sapaan.
  • Menyemak dan prihatin latar belakang mentee.
  • Membimbing mentee mengatasi masalah.
  • Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya.
  • Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri.

Apa itu Sarana Ibu Bapa

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan  masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

MENGAPA IBU BAPA PERLU TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK?

Faedah kepada anak:
  • Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
  • Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
  • Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
  • Kadar pelamnggaran disiplin sekolah berkurangan.
  • Keciciran persekolahan dapat dielakkan.

Faedah kepada ibu bapa:
  • Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
  • Dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah.
  • Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
  • Lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.

Apa itu Sarana Sekolah

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

Hasrat
Hasrat dapat dicapai apabila pihak sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan dan penglibatan ibu bapa memberi manfaat berikut:
  • Keyakinan guru meningkat.
  • Pencapaian murid meningkat.
  • Ibu Bapa berasa mereka sebahagian daripada sekolah dan lebih menyokong program sekolah.
  • Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan.
  • Hubungan lebih baik antara petadbir, guru dan ibu bapa. 
Tujuan
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Rakan Kongsi Sekolah
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Alumni serta ahli komuniti setempat.
Mahukah anda menjadi rakan kongsi sekolah?
Kecemerlangan anak-anak kita mungkin berpunca daripada anda  sebagai rakan kongsi sekolah. Hubungi Guru Besar/ Pengetua/ YDP PIBG yang berhampiran untuk keterangan lanjut.