Sunday, July 14, 2013

Apa itu Sarana Sekolah

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

Hasrat
Hasrat dapat dicapai apabila pihak sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan dan penglibatan ibu bapa memberi manfaat berikut:
  • Keyakinan guru meningkat.
  • Pencapaian murid meningkat.
  • Ibu Bapa berasa mereka sebahagian daripada sekolah dan lebih menyokong program sekolah.
  • Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan.
  • Hubungan lebih baik antara petadbir, guru dan ibu bapa. 
Tujuan
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Rakan Kongsi Sekolah
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Alumni serta ahli komuniti setempat.
Mahukah anda menjadi rakan kongsi sekolah?
Kecemerlangan anak-anak kita mungkin berpunca daripada anda  sebagai rakan kongsi sekolah. Hubungi Guru Besar/ Pengetua/ YDP PIBG yang berhampiran untuk keterangan lanjut.



No comments:

Post a Comment