Saturday, May 19, 2012

Jom sertai lawatan ke KLCC

Nampaknya sambutan murid-murid Tahun 2 dan Tahun 1 yang akan menyertai lawatan ke KLCC begitu menggalakkan. Lawatan tersebut pada pertengahan Jun nanti. Antara aktiviti yang disusun adalah menyaksikan hidupan marin di Aquaria. Aquaria KLCC ialah underwater park berkeluasan 60,000 kaki persegi, ada 2 tingkat dengan panjang terowongnya 90 meter. Di dalam tu beratus ratus hidupan akuatik yang dibawa dari luar atau pun tempatan.

Lawatan nanti juga tidak lengkap tanpa mengunjungi Petrosains. Pastinya seronok mengembara ke pusat penerokaan sains yang interaktif dalam persekitaran menarik. Konsep dan kandungannya merangkumi semua sains am, dan secara khususnya berkisar tentang sains petroleum bermula daripada pembentukan mendapan telaga minyak sehinggalah kepada kesannya terhadap kehidupan moden ini. Selain itu, banyak aktiviti lain dan pertunjukan yang menarik turut disediakan

Jika berkesempatan dan tiada aral, murid-murid akan dibawa ke Skybridge KLCC iaitu jambatan tertinggi di dunia. Untuk pengetahuan semua, KLCC masih lagi memegang rekod sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Diantara menara tersebut dibina sebuah jambatan sebagai penghubung dan daya tarikan yang menambahkan lagi keunikan KLCC. Jambatan tersebut dibina pada aras 41 dan 42 menjadikannya jambatan tertinggi didunia.

 Rasai sendiri pengalaman ini, pastinya menyeronokkan. Jom sertainya.

No comments:

Post a Comment