Monday, May 21, 2012

Latihan sukan bagi murid Tahun 1 dan 2

Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid Tahun 1 dan Tahun 2 akan menjalani latihan sukan pada tarikh seperti berikut:
  • Selasa (22.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
  • Rabu (23.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
  • Khamis (24.05.2012) - jam 4.30-6.30 petang
Latihan sukan akan dijalankan di padang sekolah. Latihan sukan ini melibatkan semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 bagi rumah sukan Mahsuri, Malinja, Raden dan Ria. Murid-murid diminta berpakaian sukan apabila datang ke sekolah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bermula jam 1.10 petang hingga 4.30 petang. Selepas itu murid akan berkumpul di padang untuk latihan sukan.

Acara sukan yang akan dilatih adalah seperti berikut.
  • Lari 75 meter (L) Tahun 1
  • Lari 75 meter (P) Tahun 1
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (L) Tahun 1
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (P) Tahun 1
  • Lari 75 meter (L) Tahun 2
  • Lari 75 meter (P) Tahun 2
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (L) Tahun 2
  • Lari berganti-ganti 4 x 50 meter (P) Tahun 2
 Bersukanlah dengan penuh semangat kesukanan. Lakukan yang terbaik. Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment