SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH
Persiaran Hulu Langat, Seksyen 28,
40400 Shah Alam,
Selangor_____________________________________________
Kepada,
Semua Ibu Bapa/ Penjaga,
Semua Murid Tahun 1 hingga 6,
SK Taman Alam Megah
Tuan/ Puan,
SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
Unit Tabungan sekolah dengan kerjasama BSN akan menjalankan Kempen Membuka Akaun untuk melayakkan sekolah menyertai Skim Galakan simpanan Pelajar dan untuk murid menyertai beberapa kategori yang dipertandingkan oleh BSN. Sehubungan itu semua murid sekolah ini digalakkan membuka akaun. Mereka yang ingin membuka akaun bolehlah membawa wang RM10.00 serta salinan sijil lahir. Tiada unsur paksaan bagi program ini.
Kerjasama daripada tuan/ puan untuk menjayakan program tersebut diucapkan terima kasih