Wednesday, April 15, 2009

Tarikh peperiksaan murid SKTAM

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan sesi 2009
Klik pada gambar untuk besarkan imej

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Ujian dan PKSR Tahun 2009.
Tarikh-tarikh peperiksaan ini diputuskan oleh pihak pentadbiran SK Taman Alam Megah.
Sebarang perubahan tarikh peperiksaan akan dimaklumkan kemudian.

Siaran ini dikeluarkan oleh,
Pn. Nurliza Bt Mohd Khalib
Setiausaha Peperiksaan SKTAM.

Tuesday, February 3, 2009

Perlantikan Pengawas Percubaan 2009

Majlis perlantikan pengawas, ketua dan penolong ketua kelas

Ikrar pengawas yang baru dilantik

Sebahagian murid-murid Tahun 1 dan 2

Pihak sekolah menyempurnakan perlantikan pengawas percubaan sesi petang yang melibatkan murid Tahun 2. Turut dilantik adalah ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi murid- murid tahun 1 dan 2. Majlis perlantikan ini dijalankan pada 19.01.2009 yang diadakan di tapak perhimpunan. Perlantikan pengawas percubaan ini melibatkan murid seramai 25 orang. Manakala jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas dipilih bagi mengetuai setiap kelas melibatkan empat kelas Tahun 1 dan lima Tahun 2.

Perlantikan ini adalah meneruskan tradisi selama ini iaitu murid yang terpilih berdasarkan kriteria kepimpinan dan sikap terpuji. Pihak sekolah berbesar hati dan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Tahniah, Selamat menjalankan tugas.