Thursday, February 16, 2012

Borang ketika anak berpindah sekolah


Berikut sedikit maklumat untuk diambil tindakan oleh ibu/bapa/penjaga bagi murid yang baru memulakan persekolahan di Tahun 1 atau murid yang ingin berpindah. Semasa mendaftarkan anak/ahli keluarga di sekolah baru, pendaftar (ibu/bapa/penjaga) bolehlah membuat persediaan dengan mengisi butiran maklumat murid dan keluarga sebagaimana yang diminta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Langkah mengisi awal dan membawanya semasa mendaftarkan anak/ahli keluarga di sekolah baru dapat menjimatkan masa dan kos lain. Pendaftar akan lebih selesa jika maklumat yang diperlukan tadi telah sedia maklum dan siap untuk diserahkan kepada pihak sekolah.

Borang Data Murid ini digunakan di semua sekolah di seluruh Malaysia mulai 14.02.2012.
Anda boleh muat turun borang ini dengan klik download