Tuesday, February 3, 2009

Perlantikan Pengawas Percubaan 2009

Majlis perlantikan pengawas, ketua dan penolong ketua kelas

Ikrar pengawas yang baru dilantik

Sebahagian murid-murid Tahun 1 dan 2

Pihak sekolah menyempurnakan perlantikan pengawas percubaan sesi petang yang melibatkan murid Tahun 2. Turut dilantik adalah ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi murid- murid tahun 1 dan 2. Majlis perlantikan ini dijalankan pada 19.01.2009 yang diadakan di tapak perhimpunan. Perlantikan pengawas percubaan ini melibatkan murid seramai 25 orang. Manakala jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas dipilih bagi mengetuai setiap kelas melibatkan empat kelas Tahun 1 dan lima Tahun 2.

Perlantikan ini adalah meneruskan tradisi selama ini iaitu murid yang terpilih berdasarkan kriteria kepimpinan dan sikap terpuji. Pihak sekolah berbesar hati dan meletakkan kepercayaan kepada mereka yang terpilih dapat menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Tahniah, Selamat menjalankan tugas.