Friday, March 23, 2012

Mesyuarat agung PIBG Kali ke-17

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK TAMAN ALAM MEGAH

DAN

BARISAN PERTADBIRAN,
WARGA
SK TAMAN ALAM MEGAH

menjemput

SEMUA IBU/ BAPA/ PENJAGA
SK TAMAN ALAM MEGAH

hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 Tahun 2012 pada
Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SKTAM

Semoga kehadiran tuan/ puan dapat melicinkan lagi perjalanan mesyuarat dan bekerjasama dalam usaha memajukan lagi sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 20, 2012

Bantuan kepada murid Tahun 1

Berikut ialah surat yang telah diedarkan kepada murid-murid Tahun 1 pada 20/03/2012 (Selasa). Surat edaran ini memaklumkan bahawa Bantuan khas awal persekolahan Tahun 2012 bagi semua murid Tahun 1 seperti ketetapan berikut.

Tarikh Penyerahan bantuan : 22.03.2012 (Khamis)
Tempat : Kelas anak
Masa : 2.00 ptg - 6.30 ptg

Sekian. Terima kasih.

Tahun 1 bagi sesi 2013 dan 2014


Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengedarkan surat makluman kepada ibu bapa mengenai PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 DAN TAHUN 2014.

Surat berkenaan (seperti di atas) telah diserahkan kepada murid-murid. Diharapkan ibu bapa/ waris bagi kanak-kanak yang bakal bersekolah bagi tahun 2013 dan 2014 mengambil tindakan.

Terima kasih

Monday, March 19, 2012

Jadual kelas 2 Baiduri

Klik Jadual di atas

Berikut ialah jadual kelas 2 Baiduri yang akan digunakan mulai 20/03/2012 (Selasa-esok). Pindaan jadual dibuat apabila ada peredaran guru yang masuk dan keluar di SK Taman Alam Megah. Murid-murid dan ibu bapa boleh muat turun dan mencetak jadual ini. Jadual ini sah digunakan sehingga ada pindaan terbaru jika ada.

Harap maklum. Murid-murid juga boleh menyalin jadual ini di papan notis kelas.