Sunday, July 14, 2013

Apa itu Sarana Ibu Bapa

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan  masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

MENGAPA IBU BAPA PERLU TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN ANAK-ANAK?

Faedah kepada anak:
  • Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
  • Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
  • Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
  • Kadar pelamnggaran disiplin sekolah berkurangan.
  • Keciciran persekolahan dapat dielakkan.

Faedah kepada ibu bapa:
  • Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
  • Dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah.
  • Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
  • Lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.

Apa itu Sarana Sekolah

Maksud Sarana: (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu.

Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA.

Hasrat
Hasrat dapat dicapai apabila pihak sekolah, ibu bapa serta ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat - membantu murid berjaya.

Peranan dan penglibatan ibu bapa memberi manfaat berikut:
  • Keyakinan guru meningkat.
  • Pencapaian murid meningkat.
  • Ibu Bapa berasa mereka sebahagian daripada sekolah dan lebih menyokong program sekolah.
  • Kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan.
  • Hubungan lebih baik antara petadbir, guru dan ibu bapa. 
Tujuan
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka.
  • Meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.

Rakan Kongsi Sekolah
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
  • Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).
  • Alumni serta ahli komuniti setempat.
Mahukah anda menjadi rakan kongsi sekolah?
Kecemerlangan anak-anak kita mungkin berpunca daripada anda  sebagai rakan kongsi sekolah. Hubungi Guru Besar/ Pengetua/ YDP PIBG yang berhampiran untuk keterangan lanjut.



Tuesday, October 2, 2012

Persembahan kemerdekaan si cilik


Semarak merdeka Malaysia Tercinta

Sempena menyambut bulan kemerdekaan negara yang ke 55 tahun (1957-2012), aktiviti-aktiviti yang memupuk semangat kecintaan kepada negara perlu di semai dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Dan usaha ini perlu bermula dari peringkat rebung.

Atas niat murni menyemai kesedaran, kesetiaan dan rasa bangga menjadi sebahagian dari jiwa Malaysia, pelbagai program diatur di peringkat sekolah agar penerapan semangat kenegaraan bermula seawal usia kanak-kanak.

SK Taman Alam Megah juga menyusun program-program menarik sempena ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia ke-55.

Sunday, September 16, 2012

Skim Galakan Simpanan oleh BSN

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ALAM MEGAH
Persiaran Hulu Langat, Seksyen 28,
40400 Shah Alam,
Selangor
_____________________________________________

Kepada,
Semua Ibu Bapa/ Penjaga,
Semua Murid Tahun 1 hingga 6,
SK Taman Alam Megah
Tuan/ Puan,
SKIM GALAKAN SIMPANAN PELAJAR BERSAMA BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
 
Unit Tabungan sekolah dengan kerjasama BSN akan menjalankan Kempen Membuka Akaun untuk melayakkan sekolah menyertai Skim Galakan simpanan Pelajar dan untuk murid menyertai beberapa kategori  yang dipertandingkan oleh BSN. Sehubungan itu semua murid sekolah ini digalakkan membuka akaun. Mereka yang ingin membuka akaun bolehlah membawa wang RM10.00 serta salinan sijil lahir. Tiada unsur paksaan bagi program ini.
 
Kerjasama daripada tuan/ puan untuk menjayakan program tersebut diucapkan terima kasih

Thursday, September 6, 2012

Semarak merdeka: Saya anak Malaysia

LIRIK LAGU SAYA ANAK MALAYSIA

1957 bulan 8
kita merdeka
setelah dijajah oleh orang Inggeris
Kamikaze dan Portugis

Dari Perlis ke Kota Kinabalu
rakyat bersatu dan maju
budi bertuah hasil melimpah
siapa rajin hidup mewah

saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia

Melayu Cina Iban India
Kadazan Portugis pun ada
semua kaya dengan budaya
di bawah kibaran satu bendera

saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia

Hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri kita
walaupun cantik negeri orang
tentunya Malaysia cantik lagi

Melayu Cina Iban India
Kadazan Portugis pun ada
semua kaya dengan budaya
di bawah kibaran satu bendera

saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia
saya anak Malaysia

Semarak merdeka: Lagu Cemerlang Gemilang Terbilang

Lirik Lagu Patriorik - Cemerlang Gemilang Terbilang

Ke Puncak Penuh Keagungan
Ke Lembah Penuh Kemuliaan
Satu Hati
Satu Rasa
Impian Pasti Menjadi Nyata

Demimu Malaysia Tercinta
Kami Menggenggam Tekad
Membawa Bangsa Negara
Ke Puncak Keagungan

Demi Bangsa
Demi Negara
Ayuhlah Kita Bangkit Berjuang

Maju Bangsa
Maju Negara
Kita Di Pandang Mulia

Cemerlang Terbilang Gemilang
Negara Dan Juga Bangsa
Mari Buktikan Pada Dunia
Malaysiaku Berjaya

(Ulang Dari Atas)
Cemerlang Gemilang Terbilang

Semarak merdeka: lagu Tanggal 31 dan lirik



LIRIK LAGU TANGGAL 31

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka

(2x)

Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!